Hai! dan Selamat datang trader dan bakal-bakal trader!

Apakah yang akan anda dapat dan pelajari dari laman membership ini? BACA SAMPAI HABIS.

Saya telah membuat kemas-kini terkini pada laman ini dan berikut adalah antara yang anda akan dapat dan pelajari melalui laman membership cspro ini;

1 – Nota website dan Ebook pdf

2 – Teknik dan Strategy

3 – Group live trade, signal dan analysis melalui whatsapp

Ebook PDF dan Web note, indikator

Selepas login anda akan dibawa ke halaman nota(web note) teknik dan laman download ebook pdf serta indikator.

Pada halaman ini saya sediakan penerangan beserta gambar mengenai teknik dan strategi yang digunakan juga saya sertakan link untuk pelajari lebih lanjut mengenai apa itu supporting analysis, indikator yang digunakan, ebook money management, candlestick arah dan banyak lagi..!

ebook pdf

Anda akan diberikan 4 ebook dan mungkin akan ditambah lagi pada masa akan datang dan anda mendapat update itu secara percuma sahaja.

Ebook ini dalam bahasa Malaysia dan disediakan dalam bahasa ringkas serta mudah difahami kerana disertkan gambar bewarna.

Ebook fibonacci, trendline, candlestick dan support resistance

Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai bagaimana menggunakan tools asas ini dan bagaimana ia digunakan secara kreatif dan berbeza dengan penggunaan asalnya. Penggunaan kreatif ini melibatkan lebih dari satu tools dalam masa yang sama untuk menganalisa entry dan exit pada sesuatu pair matawang. Bagi newbie, saya yakin penggunaan tools cara ini mungkin anda belum pernah pelajari lagi dari mana-mana sumber percuma di internet. 🙂

Penerangan ‘cs arah’ dan bagaimana menggunakannya

Ebook ini akan menerangkan kaedah kenal-pasti arah menggunakan teknik ‘cs arah’. Juga diterangkan bagaimana memanfaatkan candle tersebut untuk dapatkan entry dengan SL kecil dan TP maksima(berganda dari nilai SL).

Hightlight – ebook money management

ebook ini menerangkan bagaimana untuk menggandakan akaun kepada keuntungan tinggi dalam masa sehari dua sahaja. Contoh live trade disertakan dalam ebook. Anda akan didedahkan bagaimana memanfaatkan margin dan leverage yang mungkin tidak pernah diajarkan oleh mana-mana kelas sebelum ini. Anda mungkin biasa dengar dan lihat entry layer-layer tapi pernahkah anda pelajari bagaimana untuk entry tanpa layer tapi hanya perlu manfaatkan kaitannya dengan leverage sahaja? 🙂

Rumusan dan ringkasan teknik

Ebook wajib baca untuk memudahkan kefahaman teknik yang digunakan. Dalam ebook ini telah diringkaskan bagaimana hendak bermula menggunakan teknik hinggalah membuat entry dan exit.

Jika ebook money management menerangkan mengenai penggunaan MM, melalui ebook rumusan ini anda akan pelajari pula bagaimana kaitannya dengan maksimum profit melalui strategi entry dan exit teknik ini.

Teknik dan Strategi

Asalnya laman membership hanya memfokuskan hanya penggunaan candlestick dan candle SNR, namun atas keperluan menyeluruh, saya naik-taraf kepada penggunaan tools financial dan juga kaedah lengkap analisa teknikal yang asalnya dari teknik yang lebih rumit dan ‘complex’ kepada yang lebih ringkas dan mudah iaitu dengan menyingkirkan dan memudahkan satu elemen utama iaitu elliott waves(EW).

Complexity of Elliott Waves Theory

Teori EW ini sudah wujud sekian lamanya dan diasaskan oleh  Ralph Nelson Elliott (1871–1948) pada tahun 1930 lagi. Maklumat lanjut boleh diakses di sini.

Teori EW ini sangat kompleks dan rumit namun konsep permulaan trend wave itu telah diringkaskan kedalam bentuk candlestick sahaja dan kini dipermudahkan lagi dengan hanya melibatkan ‘pattern’ dan pengulangan pattern tersebut sebagai pengesahan(confirmation) kepada trade setup teknik ini. Secara tidak langsung konsep teknik candlestick masih dikekalkan dan ditambah-baik dari segi reward ratio yang lebih besar berbanding sebelum ini yang cuma mensasarkan 10-20pips sahaja. Dengan kaedah lengkap ini anda bukan sahaja menggandakan nilai TP kepada 50~100pips malah teknik money management ditambah bagi menggandakan lagi profitabiliti trading anda berbanding risiko yang diletakkan dan dijamin sangatlah minima. Ini boleh dilihat melalui group live trade.

Antara elemen utama teknik adalah;

  1. Fibonacci
  2. Trendline
  3. Support Resistance statik dan dinamik
  4. Candlestick

Keempat-empat elemen ini digunakan dalam kaedah EW dalam menentukan awal trend dan penghujung trend selain dari menentukan entry terbaik dan menawarkan profit yang maksimum dalam sesuatu trend itu. Berikut satu signal yang saya kongsikan di facebook sebelum dan selepas entry. Lihat contoh di bawah;

Gambar di atas tidak menyatakan mengenai EW namun sebenarnya disebaliknya terdapat penjelasan yang lebih rumit iaitu bagaimana kaitannya dengan EW itu sendiri;

Dalam teknik ini anda tak perlu risau kerana saya tidak menyentuh langsung mengenai Elliott Wave ini. Sebaliknya cuma ringkaskannya kepada chart pattern sahaja. Berikut satu lagi contoh untuk anda.

Lihat hasilnya;

Ringkas bukan? Dua TP ini sahaja cukup memberikan lebih 300 pips profit!

Ia memang nampak mudah. Tetapi sehingga anda mencubanya pada live trade, anda akan dapati ia bukanlah semudah difikirkan. Oleh itu anda perlukan bimbingan melalui live market dan update pasaran secara terus melalui handphone anda.

Group live trade, signal dan analysis melalui whatsapp ataupun telegram(anda pilih).

Melalui group ini saya akan berikan update ebook terkini dan juga analisa harian/mingguan secara terus kepada pelajar. Pelajar boleh mendapat pendedahan secara live market dan bukannya pasaran hujung minggu yang lebih sempurna namun sebenarnya berbeza apabila menghadapinya secara live market.

Dalam group anda akan pelajari lebih banyak topik seperti bagaimana hendak membuat ‘future prediction’ berdasarkan keadaan semasa iaitu melihat potensi arah pasaran minggu hadapan ataupun bulan hadapan berdasarkan minggu atau bulan ini.

Anda juga akan pelajari bagaimana hendak menggunakan tools snr, trendline dan fibonacci berdasarkan keadaan semasa dan harian di mana ramai trader baru sering keliru mengenai penggunaannya.

Sertailah kami hari ini!

 

Belajar LIVE MARKET

Ini antara kelebihan utama anda menyertai membership. Selain mendapat nota, anda juga mendapat pendedahan secara live market dan mendapat lebih banyak pengetahuan semasa live market. -Sesuatu yang mungkin tidak anda jumpai di tempat lain!

contoh perbincangan live market yang lebih awal sebelum market gerak:

Hasilnya,

Lagi contoh lain perbincangan live market:

Selain dari itu, anda juga mendapat entry signal.

Lihat lebih banyak screenshot di bawah dari group live trade;


Ada banyak lagi screenshot tapi rasanya biarlah selebihnya itu anda ketahui sendiri selepas menyertai membership dan join live trade. Sudah cuba baru tahu kan? 🙂

Okeylah, rasanya tidak perlu buang masa lagi. Joinlah membership hari ini untuk mula belajar teknik ini sebelum harga saya naikkan. Percayalah, nilai ilmu ini melebihi dari nilai yang saya letakkan.